Program Sambutan Bulan Ramadhan Peringkat Dun Bintong
30 Jun 2015 | Aktiviti TerkiniPada 29 Jun 2015, satu Program Sambutan Bulan Ramadhan Peringkat Dun Bintong telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Jawi. Program ini bermula jam 9.00 pagi. Pelbagai pihak turut terlibat secara langsung iaitu terdiri daripada orang kampung dan ahli Pergerakan Wanita UMNO. Perjumpaan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara penduduk kampung. Selain itu, ia juga merupakan satu program sambutan Bulan Ramadhan. Pada hari tersebut, orang kampung bergotong-royong dalam menyediakan juadah berbuka. Program ini turut dihadiri YB Puan Hajah Rela Binti Ahmad iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Bintong. Dengan adanya program ini, orang ramai dapat mengeratkan hubungan antara komuniti. Selain itu juga, ia dapat merapatkan jurang komuniti dengan Pusat Internet 1 Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: